Sungai Nil Terbelah Dua
Tahukah anda yang sungai Nil adalah sungai terpanjang di dunia sepanjang 6000km? Panjangnya lebih kurang 10 kali ganda panjang semenanjung Malaysia dan ianya merentasi 11 buah negara. Tapi tak ramai yang tahu bahawa sungai Nil ni berpunca dari dua sungai iaitu Sungai Nil Biru (Bermula di Ethiopia) dan Sungai Nil Putih (Bermula di central Africa).
Namun sekarang ni, Ethiopia telah decide untuk membina empangan di Sungai Nil Biru. Ini menjadikan negara-negara lain panik sebab mereka risau sungai tersebut akan kering bila kemarau dan banjir jika Ethiopia lepaskan air empangan mereka. Antara negara yang paling tak puas hati adalah Mesir sebab memang mereka sangat bergantung kepada sungai ini untuk economic development negara mereka.
Bagi saya ini satu perkara yang sangat menarik dan tak ramai orang di Malaysia perasan kerana secara geografi, lokasi sungai ini sangat jauh dari tempat kita. Jika anda berminat, video penuh ada saya sediakan di sini
https://www.youtube.com/watch?v=uHIHIQgIXOM
Terima kasih atas kesudian anda membaca sehingga tamat. Jumpa lagi di entry yang akan datang.
Layari https://syarah.my untuk belajar pelbagai skill berguna yang anda boleh gunakan untuk buat income tambahan.
Ilmu Pelita Hidup
Terima kasih,
Dr. Hasbullah
PhD, Imperial College London,
Pengasas, syarah.my
KLCC - 22 Julai 26