Adakah Nusantara Akan Gagal?

Projek Nusantara Yang Mungkin Gagal

Untuk pengetahuan anda, Jakarta sebenarnya sedang tenggelam dengan agak cepat. Lagi-lagi di utara Jakarta yang mana tanahnya tenggelam sebanyak 20cm setahun. Maka ini menyebabkan masalah banjir yang agak teruk. Kota Jakarta sendiri telah lama semakin padat oleh kerana populasi yang berhijrah ke bandar semakin banyak. Ini menyebabkan bandar ini semakin padat.

Maka di zaman presiden yang lalu iaitu Pak Jokowi, mereka telah mula membina satu bandar di Kalimantan Timur, bernama Nusantara untuk memindahkan ibu negara mereka di sana. Saya rasa anda pun boleh imagine betapa sukarnya untuk pindahkan ibu negara ni. Masa pentadbiran kerajaan berpindah ke Putrajaya dulu pun bukan satu proses yang mudah, malah ada lagi jabatan kerajaan yang sehingga sekarang tidak berpindah ke sana.

Memindahkan Jakarta lebih sukar lagi kerana ianya berada di kepulauan Jawa, manakala Nusantara berada di Kalimantan. Tambahan pula apabila presiden mereka berubah kepada Pak Prabowo, maka polisi juga berubah dan progress perpindahan ini agak perlahan. Jika anda berminat untuk belajar details tentang kenapa Jakarta sedang tenggelam dan kenapa mereka memilih Kalimantan (agak pelik kerana jauh dan tiada apa-apa di sana), jemput tonton video ini yang saya sediakan khusus untuk anda

https://www.youtube.com/watch?v=w16nn_cRg78

Terima kasih atas kesudian anda membaca sehingga tamat. Jumpa lagi di email yang akan datang.

Layari ​https://syarah.my​ untuk belajar pelbagai skill berguna yang anda boleh gunakan untuk buat income tambahan.

Terima kasih,

Dr. Hasbullah
PhD, Imperial College London,
Pengasas, syarah.my
KLCC - 22 Julai 26

Previous
Previous

Piala World Cup Sebenarnya Palsu

Next
Next

Sungai Nil Terbelah Dua