Piala World Cup Sebenarnya Palsu

Anda tahu tak selepas Spain menang world cup dan bergambar dengan piala world cup tersebut, mereka kena pulangkan semua piala itu kepada FIFA. Kemudian FIFA akan berikan mereka piala replika untuk mereka bawak balik ke Sepanyol. Piala asal tersebut FIFA akan simpan di muzium mereka untuk digunakan lagi 4 tahun akan datang.

Bagi saya benda ni agak mengecewakan sedikit kerana piala original tersebut bernilai dalam 3 juta ringgit kerana diperbuat dari emas (semasa artikel ini ditulis, harga emas adalah sekitar RM600 satu gram). 3 juta ringgit ni walaupun nampak macam banyak tetapi untuk organisasi gergasi seperti FIFA, ianya tidaklah besar dan sepatutnya mereka bagi sahaja piala sebenar sebagai prize money kepada team yang telah bersusah payah menang world cup.

Jika anda nak tahu tentang proses pembuatan piala emas ini, dan sedikit sejarah world cup, jemput tonton video ini yang saya sediakan khusus untuk anda.

https://www.youtube.com/watch?v=aBi9pnUaUuA

Terima kasih atas kesudian anda membaca sehingga tamat. Jumpa lagi di email yang akan datang.

Layari ​https://syarah.my​ untuk belajar pelbagai skill berguna yang anda boleh gunakan untuk buat income tambahan.

Ilmu Pelita Hidup

Terima kasih,

Dr. Hasbullah
PhD, Imperial College London,
Pengasas, syarah.my

Previous
Previous

Belajar Sebenarnya Tak Mudah

Next
Next

Adakah Nusantara Akan Gagal?