Belajar Sebenarnya Tak Mudah

Saya teringat kisah guru yang saya jumpa di kawasan pedalaman. Katanya cabaran untuk murid-murid di sana belajar adalah mereka tidak boleh membaca. Jadi cikgu semua subjek akan bergantung kepada cikgu Bahasa Melayu. Ini kerana cikgu Sains tak dapat mengajar kita pelajar tak boleh membaca, begitu juga cikgu-cikgu subjek lain. Ini masalah kawasan pedalaman.

Di kawasan kampung yang tidak begitu dalam pula, rata-rata murid sudah pandai membaca sewaktu di sekolah rendah. Jadi kesusahan belajar sekarang lebih kepada subjek seperti Bahasa Inggeris. Ini kerana di rumah mereka akan bercakap bahasa Melayu. Maka dalam seminggu, jika kelas English adalah selama 2 jam, maka 2 jam seminggu sahaja mereka di ‘exposed’ kepada bahasa Inggeris. Saya masih ingat ketika kita begitu strict mengajar anak-anak Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu sampai tak boleh langsung terangkan dalam Bahasa Melayu dalam kelas, ini telah banyak membunuh minat pelajar-pelajar kampung dalam bidang STEM. Mungkin dah besar dah pun pelajar-pelajar tersebut.

Di kawasan bandar pula, rata-rata murid bukan sahaja sudah pandai membaca di sekolah rendah, malah tiada masalah pula untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka mereka mendapat akses kepada ilmu pengetahuan di peringkat antarabangsa kerana banyak buku yang best-best ditulis dalam bahasa Inggeris. Kini, cabaran nya adalah untuk menjadikan mereka boleh memilih antara betul dan salah, dan untuk push the limits sejauh mana mereka boleh pergi. Ini pun satu cabaran yang agak sukar juga bagi guru-guru di bandar.

Jadi point saya di sini adalah di mana-mana pun, di pedalaman, di kampung, mahupun di bandar, belajar bukanlah satu benda yang mudah. Saya sudah belajar hingga ke peringkat PhD di salah satu universiti terbaik dunia, masih merasakan belajar adalah satu benda yang sukar.

Terima kasih sudi membaca dan jumpa lagi di entry yang akan datang.

Ilmu pelita hidup.

Dr. Hasbullah,
PhD, Imperial College London,
Pengasas, syarah.my
KLCC - 22 Julai 2026

Next
Next

Piala World Cup Sebenarnya Palsu